Sunday, March 21, 2010

CARA MENUKAR PASSWORD MODEM STREAMYX

Cara Menukar Password Modem Streamyx
March 18th, 2010 | Tags: Modem Streamyx, Streamyx, Tips


Password modem streamyx yang anda guna adakah ianya password default? Jika YA, maka saya sarankan anda tukarlah kepada password lain yang mudah untuk anda ingat. Ini kerana saya dapati ada segelintir manusia yang suka mencuri ID dan password akaun streamyx. Bagaimana mereka mencurinya?

Cukup mudah sekali, jika anda pengguna streamyx, sudah pasti anda akan menggunakan address 192.168.1.1 untuk log in ke Modem Streamyx. Selepas itu apa username dengan password yang perlu digunakan? Disinilah yang perlu anda tukar. Secara default, tmadmin akan menjadi username dan juga password untuk log in ke Modem Streamyx. Jadi saya sarankan anda tukarlah password tmadmin kepada yang lain.

Disini saya tunjukkan langkah untuk menukar password tersebut. Cara ini sesuai untuk Modem Streamyx Model Riger DB108-WL.

Buka browser anda dan taipkan 192.168.1.1 di address bar.
login menggunakan username tmadmin dan password tmadmin
Pada bahagian menu sebelah kiri, pilih seperti ini Management ->> Access Control ->> Passwords


Sekarang anda hanya perlu masukkan sahaja old password (password lama ie: tmadmin) dan New Password (password baru anda) dan Confirm Password (password baru anda sekali lagi). Akhir sekali klik Save/Apply. Selesailah proses menukar password modem streamyx anda.

Jika anda mahu menukar password untuk username tmuser juga boleh, caranya sama sahaja seperti menukar password tmadmin. Selamat mencuba ya.


Share
Leave a comment | Trackback
Cara Setup dan Meletakkan Password pada WiFi Streamyx
Cara Menukar IP Streamyx – IP Dinamik
rustam
March 18th, 2010 at 23:41Reply | Quote | #1 kalau saya lupa password saya… macam mana yeaa…

rustam

solehpolysas
March 19th, 2010 at 04:06Reply | Quote | #2 @rustam
terlupa password modem? maksudnya sebelum ini sudah pernah menukarnya la kan? insyaALLAH nanti saya mencari cara mcm mana hendak melakukannya. Jika jumpa, saya akan membuat toturialnya.. insyaALLAH..

solehpolysas
March 19th, 2010 at 05:00Reply | Quote | #3 @rustam
maaf, sy tidak jumpa caranya buat masa ini.. Agak sukar kerana jika cara recover ini diketahui, jadi makin senanglah orang hendak mencuri data.. Jadi disebabkan itu susahlah saya hendak mendapatkan caranya..

Saya harap kepada semua yang ingin menukar password, tukarlah kepada password yang mudah diingati. nanti tiadalah masalah seperti terlupa password.

Albab
March 19th, 2010 at 06:59Reply | Quote | #4 Salam,

mintak tlg ajar macam mana nak setup password utk WiFi? sy guna wireless streamyx kat rumah di kampung tp masa installation, tidak di’setup’kan password untuk network..so, skrg ni dia jadi open network.

TQ.

solehpolysas
March 19th, 2010 at 07:47Reply | Quote | #5 @Albab :

Salam,

mintak tlg ajar macam mana nak setup password utk WiFi? sy guna wireless streamyx kat rumah di kampung tp masa installation, tidak di’setup’kan password untuk network..so, skrg ni dia jadi open network.

TQ.

wkm slm,
InsyaALLAH nanti saya siapkan tutorialnya..

mawi
March 19th, 2010 at 15:40Reply | Quote | #6 salam.harap maaf mencelah sikit. setahu saya jika ingin menukar password akaun streamyx perlu menukarnya di website tmnet dulu…kemudian baru boleh tukar di modem…betul ke…t.kasih

solehpolysas
March 19th, 2010 at 15:49Reply | Quote | #7 @mawi :

salam.harap maaf mencelah sikit. setahu saya jika ingin menukar password akaun streamyx perlu menukarnya di website tmnet dulu…kemudian baru boleh tukar di modem…betul ke…t.kasih

wkm slm,
tidak mengapa, bertanya itu bagus.. okey disini saudara silap sedikit sahaja. artikel diatas adalah cara untuk menukar password MODEM. Bukan menukar password akaun streamyx.

Jika saudara menggunakan Modem yang diberikan oleh pihak TM, maka username dan passwordnya adalah default.

username : tmuser atau tmadmin
password : tmuser atau tmadmin

Jadi, jika ada org lain yang menggunakan network saudara dan beliau hendak mencuri ID dan password AKAUN streamyx, dengan mudah sekali dia hendak mendapatkannya kerana saudara TIDAK menukar PASSWORD untuk LOGIN ke MODEM streamyx saudara.

Terima kasih sebab bertanya.. harap lepas ini lebih jelas..

1 comment: